Penunggang motosikal langgar dua murid depan sekolah diburu

23 Sep 2026 • 9:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang motosikal langgar dua murid depan sekolah diburu

SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar dua murid perempuan ketika kedua-duanya sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Permatang Pauh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi kira-kira 30 saat mengenai kejadian itu yang tular di media sosial.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi ketika kedua-dua murid berusia lapan dan sembilan tahun itu dalam perjalanan ke sekolah.

“Kedua-dua murid berkenaan dalam perjalanan ke sekolah dan sedang melintas di lintasan pejalan kaki di hadapan sekolah berkenaan sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang individu yang masih belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan susulan.

Tambahnya, polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti penunggang motosikal berkenaan selain mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Hafizi Mansor di talian 017-5660103,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal langgar dua murid depan sekolah diburu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved