Penunggang motosikal maut bertembung kereta

10 Sep 2024 • 9:34 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Paloh-Aring, Gua Musang pada Isnin.

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Paloh-Aring, Gua Musang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dari arah Aring menghala ke Paloh hilang kawalan lalu memasuki jalan bertentangan.

"Motosikal Honda RS itu kemudian bertembung secara berhadapan dengan sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun.

"Pemandu Proton Wira ketika itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Paloh ke Aring," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, akibat pertembungan itu, mangsa cedera di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang manakala pemandu kereta yang mengalami cedera ringan menerima rawatan awal di Klinik Chiku 3," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved