Penunggang Motosikal Maut Bertembung Pikap Polis, Anggota Ditahan Bantu Siasatan

LocalPolitics
26 Nov 2025 • 12:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota polis kini ditahan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah pikap dan dua motosikal di Jalan Persiaran Wawasan, berhampiran Kompleks Seri Putera di Kangar, malam tadi.

Kejadian berlaku semasa anggota membuat rondaan

Menurut laporan harian Metro, dalam insiden itu, seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah.

image is not available

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, menjelaskan bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam ketika pikap polis sedang melakukan rondaan.

Artikel lain: Polis Siasat Insiden Kereta Peronda Didakwa Langgar Lampu Isyarat Merah

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan berkenaan.

“Penunggang motosikal yang maut berusia 24 tahun, manakala seorang lagi penunggang berusia 25 tahun mengalami kecederaan serius. Ketika kejadian, mereka sedang bergerak dari arah Seriab menuju ke kawasan Gua Sami.
“Anggota yang memandu pikap ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kami juga memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberikan maklumat,” katanya.

image is not available

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Yusharifuddin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau tindakan sendiri yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

image is not available

Foto: Harian Metro

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

The post Penunggang Motosikal Maut Bertembung Pikap Polis, Anggota Ditahan Bantu Siasatan appeared first on Borak Daily.