Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Di Johor, Dikatakan Berpunca Dari Kereta Maserati Dipandu Warga Singapura Buat Pusingan U Haram

11 May 2025 • 10:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.6, Lebuhraya Link Kedua di Iskandar Puteri, Johor pada petang Jumaat lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda itu telah terlanggar besi pengadang jalan yang tercabut dan siasatan polis mendapati bahawa insiden itu terjadi kerana sebuah kereta Maserati merah telah membuat pusingan U atau U-turn haram di kawasan yang tidak dibenarkan.

image is not available

Kereta Maserati itu difahamkan telah dipandu oleh seorang lelaki warga Singapura. Susulan pusingan-U haram yang dilakukannya itu, kenderaan tersebut kemudiannya telah melanggar pembahagi jalan.

Akibatnya, besi pengadang jalan itu tercabut sebelum memasuki laluan bertentangan.

Mangsa yang menunggang motosikal kemudiannya datang dari arah bertentangan telah terlanggar besi tersebut kerana mangsa tidak sempat mengelak.

Orang awam yang berada di kawasan kejadian telah marah dan dalam video yang tular di media sosial, pemandu kereta Maserati itu telah diserang oleh orang awam.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.