Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu positif ganja

LocalPolitics
31 Dec 2025 • 12:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan Perodua Viva yang terbalik selepas kemalangan. Foto: Sumber polis.
image is not available
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan. Foto: Sumber polis

KUALA PILAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung kereta dipandu lelaki positif ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah di sini pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 11.10 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan motosikal Honda ditunggang mangsa.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta terbabit dari arah Seremban menghala Felda Keratong.

"Namun apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dipandu mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

**media[3387302]**

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi manakala pemandu kenderaan terbabit berusia 23 tahun cedera ringan.

Tambahnya, ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu kereta tersebut mendapati positif dadah jenis ganja.

"Pemandu berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.