Penunggang motosikal maut langgar kerbau lintas jalan

8 Jun 2024 • 11:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUANTAN, 8 JUN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka melanggar seekor kerbau yang melintas jalan berhampiran sebuah ladang di Felda Bukit Sagu di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dalam kejadian sekitar 4.30 pagi itu, Muhammad Tangtawi Mohamad Ali, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Beliau berkata seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati ketika mangsa dari arah Bukit Goh menghala ke Bukit Sagu, seekor kerbau tiba-tiba melintas jalan mengakibatkan kedua-dua lelaki berkenaan hilang kawalan dan melanggar haiwan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata pihaknya sedang mengesan saksi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved