Pejalan kaki maut dilanggar lori 

8 Jun 2024 • 1:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang pejalan kaki lelaki dipercayai pesakit mental maut selepas dilanggar lori di Batu 3 Jalan Apas sekitar jam 4.30 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa berumur 44 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu lori, 45, tidak cedera.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku semasa pemandu lori bergerak dari arah Taman Kuhara Jaya menuju ke Pekan Semporna.

“Apabila tiba di Batu 3, Jalan Apas ketika pemandu lori berada di lorong kanan, tiba-tiba muncul seorang pejalan kaki di hadapannya yang tidak pasti datang dari arah mana.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Pemandu lori terus menekan brek dan cuba mengelak, namun kerana jarak terlalu dekat lori terlanggar pejalan kaki tersebut,” katanya.

Jasmin berkata, siasatan lanjut polis mendapati mangsa merupakan pesakit mental yang mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dalam kejadian itu, katanya, lori mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Tambahnya, polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.