Penunggang motosikal maut nahas dengan treler

LocalCars
28 Dec 2024 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan. Foto IPD Kluang

KLUANG - Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di kilometer (KM) 74, Jalan Johor Bahru Ayer Hitam, di sini pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kemalangan berkenaan dipercayai berlaku pada jam 7.40 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis Suzuki Smash Ego dan sebuah lori treler jenis Man.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang lelaki berusia 39 tahun telah melanggar bahagian belakang sisi lori treler yang dipandu lelaki berusia 59 tahun yang berada di laluan sama.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk serta muka.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini, untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved