
Kota Kinabalu: Seorang penunggang motosikal maut selepas jenteranya bertembung dengan sebuah Proton Saga berhampiran Starbucks di Jalan Lintas di Kolombong, di sini, malam Khamis.
Pegawai perubatan mengesahkan mangsa lelaki berusia 28 tahun itu meninggal dunia di lokasi sejurus selepas kejadian 8.30 malam itu.
AdvertisementKetua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda dalam kenyataan berkata, pemandu wanita berusia 26 tahun itu dalam perjalanan pulang menuju ke kawasan BDC dari Jalan Lintas Plaza, sementara penunggang motosikal itu datang dari kawasan Metrotown menuju ke City Mall. Keadaan Saga yang terlibat dalam kemalangan itu.
“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu Proton Saga tersebut bergerak masuk ke simpang kanan menuju ke Jalan Khidmat, dan dalam pada masa yang sama, datang sebuah motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang oleh mangsa dari arah bertentangan iaitu jalan lurus dan melanggar sisi kiri pintu hadapan Proton Saga tersebut.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more “Penunggang itu jatuh di lorong kiri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah bahagian dalaman oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya.
Insp Azri dan Sarjan Mejar Morni berada di tempat kejadian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Seorang ibu maut di kawasan yang sama pada Isnin (23 Dis) selepas Honda Accord yang dinaikinya terbalik di dalam parit pada jam 9 malam.



