Penunggang motosikal maut, pacuan empat roda dibakar

3 Jun 2026 • 7:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut, pacuan empat roda dibakar
Pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan maut ditemukan dalam keadaan dibakar dalam kejadian tidak jauh dari lokasi.
Image from: Penunggang motosikal maut, pacuan empat roda dibakar
Pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan maut ditemukan dalam keadaan dibakar dalam kejadian tidak jauh dari lokasi.

PENAMPANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 14.6 Jalan Papar - Kota Kinabalu, berhampiran Kampung Meruntum, di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang pacuan roda tersebut.

"Akibat kejadian itu, mangsa tercampak ke lorong kanan jalan dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

**media[3539575]**

"Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati kenderaan pacuan empat roda yang ditinggalkan pemandunya kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kemalangan telah dibakar oleh individu yang tidak dikenali selepas kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 0198095133.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan gambar mangsa atau lokasi kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga," katanya.