Penunggang motosikal maut rempuh tayar treler di Tampin

26 Nov 2026 • 6:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penunggang motosikal maut rempuh tayar treler di Tampin

Seorang lelaki berusia 29 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar tayar treler di Kampung Mantai, Tampin, kata polis.

TAMPIN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh tayar sebuah treler di KM34, Kampung Mantai, Jalan Nyalas-Air Kuning Selatan hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddin Sariman berkata dalam kejadian 8.10 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja di Melaka.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar tayar ketiga sebelah kanan treler jenis Scania.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke dalam longkang di bahu kiri jalan dan mengalami kecederaan parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu treler berusia 39 tahun itu dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Muar dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4412502 atau Pegawai Penyiasat Insp. Imanul Hassan Mohamad Shah bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved