Penunggang Motosikal Maut Selepas Terempuh Treler

19 Jun 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki menemui ajal sejurus merempuh treler yang membuat pusingan U di Jalan Persiaran Ros, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata siasatan mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari Klang ke Bukit Sentosa, mahu mengambil muatan.

"Setibanya di lokasi, kenderaan berat itu yang berada di lorong kiri mahu membuat pusingan U. Tiba-tiba, motosikal mangsa di lorong kanan arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan treler," katanya.

Mohd Asri berkata, akibat nahas itu penunggang motosikal berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.