Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai

28 Dec 2025 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai di Jalan Muara Mongkos, Serian. Foto media sosial

KUCHING - Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan di Jalan Muara Mongkos, Serian, awal pagi Ahad.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 3.55 pagi.

Mangsa, Belvind Avril Bobbyson, 22, ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Maklumat awal mendapati lelaki itu terlibat kemalangan sebelum melanggar palang besi jambatan dan terjatuh ke dalam sungai,” menurut kenyataan itu.

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved