Seorang Lelaki Ditemui Maut, Terperangkap Dalam Lubang Pembentung

28 Dec 2025 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam gelung longkang atau lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas di Tapah, Perak semalam, lapor BERNAMA.

Pihak bomba dan penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang difahamkan telah terperangkap di situ setelah menerima panggilan daripada orang awam.

image is not available

Setelah dikeluarkan oleh pihak bomba dari kawasan lubang pembentung itu, mangsa didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana tidak memberikan sebarang respons.

Mangsa yang berada dalam lingkungan usia 40-an kemudiannya telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut sama datang ke lokasi tersebut.

Sumber: Bernama

Sumber: BERNAMA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.