Penunggang Motosikal Meninggal Dunia Selepas Gagal Elak Lembu Melintas Di Jalan Raya

LocalCars
29 Dec 2025 • 12:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perjalanan dua penunggang motosikal berakhir dengan tragedi apabila seekor lembu liar yang melintas jalan menjadi punca satu kemalangan maut di Lebuh AMJ Serkam, di sini, lewat malam Ahad.

Penunggang motosikal maut ditempat kejadian

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian sekitar jam 11 malam itu, seorang lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala rakannya cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berusia 25 tahun sedang menunggang dari arah Merlimau menuju ke Jasin sebelum insiden berlaku secara tiba-tiba.

“Seekor lembu dipercayai melintas jalan secara mengejut dari arah kanan, menyebabkan kedua-dua penunggang gagal mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan,” katanya.
image is not available

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, impak perlanggaran menyebabkan motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.

“Seorang mangsa mengalami kecederaan serius dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan pada wajah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Menurut beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Polis turut meminta saksi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim di talian 011-6464 8182 atau Kaunter Aduan Trafik IPD Jasin di 06-529 2222 sambungan 260.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

The post Penunggang Motosikal Meninggal Dunia Selepas Gagal Elak Lembu Melintas Di Jalan Raya appeared first on Borak Daily.