Penunggang motosikal tersungkur selepas cuba aksi berbahaya di lebuh raya

WorldCars
15 Sep 2026 • 2:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penunggang motosikal tersungkur selepas cuba aksi berbahaya di lebuh raya

WASHINGTON: Seorang penunggang motosikal yang cuba menunjuk-nunjuk di lebuh raya sibuk di negeri Idaho, Amerika Syarikat (AS) menerima padah apabila aksinya yang tersungkur dirakam kamera yang kemudian didedahkan polis.

Kejadian berlaku pada Rabu di Lebuh Raya Antara Negeri 84 (Interstate 84) di Boise, apabila sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya.

Mereka menunggang motosikal yang mencelah kenderaan lain sebelum salah seorang daripadanya terbabas, menurut Polis Idaho menerusi hantaran di media sosial.

Dalam rakaman video itu, dua penunggang motosikal yang dikelilingi kenderaan lain dilihat berganti-ganti melakukan aksi wheelie semasa kenderaan bergerak di sekeliling mereka.

Salah seorang penunggang kemudian dilihat hilang kawalan lalu tersungkur di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.

Pihak polis memaklumkan bahawa penunggang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat insiden terbabas itu.

“Nasib baik, penunggang berkenaan disahkan selamat oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Kedua-dua penunggang motosikal telah dikenakan saman kerana memandu secara melulu. 

“Kejadian ini sebenarnya boleh berakhir dengan situasi yang jauh lebih buruk.

“Nikmatilah baki cuaca yang sesuai untuk menunggang ini. Namun, berhati-hatilah dan bertanggungjawab semasa memandu. 

“Pemanduan secara melulu membahayakan keselamatan semua orang di jalan raya,” tambah polis.

Aksi berbahaya tersebut telah menerima kecaman hebat oleh rata-rata warga maya di media sosial. – AGENSI

 

The post Penunggang motosikal tersungkur selepas cuba aksi berbahaya di lebuh raya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved