Penunggang motosikal maut terbabas di Lebuh Raya Sultan Iskandar

15 Sep 2026 • 7:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang motosikal maut terbabas di Lebuh Raya Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sendiri di Lebuh Raya Sultan Iskandar dari arah Jalan Duta menghala ke Jalan Tun Razak, di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun yang sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

“Siasatan awal mendapati ketika melalui selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di sebelah kanan pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal maut terbabas di Lebuh Raya Sultan Iskandar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved