Penunggang Terkejut Ular Dalam Topi Keledar

8 Dec 2024 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki di Bandung, wilayah Jawa Barat berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular berlingkar di dalam topi keledarnya, lapor portal berita Banjarmasin Post pada Jumaat.


Penemuan menakutkan itu berlaku kelmarin sebelum dikongsikan menerusi platform TikTok oleh akaun @basokrijoofficial. 


Menerusi rakaman itu, seorang penduduk tempatan kelihatan memeriksa topi keledarnya sebelum menangkap ular tersebut dengan tangan. 

Lelaki itu berkata, dia merasakan ‘sesuatu’ bergerak di dalam topi keledarnya. 


“Saya kemudian membuka topi keledar tersebut untuk diperiksa. Siapa sangka benda itu seekor ular berukuran panjang kira-kira 50 sentimeter,” tambahnya.


Rakaman itu mencatatkan lebih 669,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 


“Saya trauma untuk memakai topi keledar selepas melihat video ini,” komen seorang netizen. 


“Saya sanggup beli topi keledar baru!” komen netizen lain. 

Sumber: Kosmo

View Original Article