Penunjuk perasaan dan tentera israel bertempur di kampung Beita

11 Apr 2023 • 1:35 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 216 rakyat Palestin cedera pada Isnin semasa pertempuran dengan tentera israel di bandar Nablus Tebing Barat, kata pegawai perubatan Palestin.

Pertempuran sengit berlaku antara penunjuk perasaan dan tentera israel di kampung Beita, 22 orang ditembak dengan peluru getah manakala berpuluh-puluh lagi terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera israel, menurut kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

image is not available

Pertempuran tercetus selepas tujuh menteri israel, 20 Ahli Parlimen israel dan lebih 17,000 pendatang israel menganjurkan perarakan ke arah pos ‘Avatar’.

Penunjuk perasaan Palestin mengibar bendera, melaungkan slogan menentang israel, membakar tayar dan membaling batu ke arah tentera israel yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan mereka, menurut sumber.

image is not availableimage is not available

image is not available

image is not available

Jurucakap Presiden Palestin dalam satu kenyataan akhbar berkata Palestin mengutuk perarakan pendatang israel di Tebing Barat yang turut disertai menteri israel.

“Tindakan peneroka menceroboh tidak akan mengubah hakikat bahawa ia tanah Palestin dan akan kekal begitu dan pencerobohan yang dibuat secara kekerasan tidak memberikan mereka hak,” katanya.

Abu Rudeineh berkata israel bertanggungjawab atas serangan pendatang dan tentera israel ke atas Palestin manakala pendirian berdiam diri Amerika Syarikat menggalakkan lagi pencerobohan israel.

Serbuan itu berlaku pada Ramadan dan ketika bangsa Yahudi menyambut perayaan Paskah.