Penuntut buat laporan polis palsu dirompak, elak bayar hutang

24 Dec 2022 • 3:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Seorang penuntut kolej swasta berdepan tindakan undang-undang setelah membuat laporan polis palsu dirinya dirompak dan mengalami kerugian RM10,300 dipercayai bagi mengelak membayar hutang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan berkata penuntut berumur 19 tahun itu membuat laporan polis pada 9.46 malam semalam, mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya di sini.

Beliau berkata polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati kejadian yang dilaporkan itu tidak berlaku.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penuntut itu membelanjakan wang simpanan diberikan keluarganya dan alasan disamun juga digunakan untuk tidak membayar wang yang dipinjam daripada rakannya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamad Fakhrudin berkata pelajar terbabit tidak ditahan dan pihak polis dalam proses melengkapkan siasatan untuk membuat pertuduhan di mahkamah.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved