Penuntut UM maut jatuh dari bangunan kolej kediaman

17 Oct 2025 • 4:03 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) dilaporkan terjatuh dari salah satu bangunan kolej kediaman universiti itu dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut kenyataan UM, mangsa telah diberikan bantuan kecemasan sejurus kejadian sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Pihak universiti memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan. Keutamaan kami pada masa ini adalah memastikan kebajikan serta keselamatan mahasiswa yang terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.

UM bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut termasuk identiti pelajar berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa difahamkan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved