Penuntut universiti hilang di Pantai Cherating ditemukan lemas

8 Jan 2023 • 1:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang pelajar universiti awam yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Cherating di sini semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh sepasang suami isteri yang sedang beriadah di pantai itu pada pukul 7 pagi, kira-kira 8.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Beliau dalam kenyataan di sini berkata mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat, dan ahli keluarga pelajar itu yang tiba di hospital berkenaan telah mengesahkan identiti mangsa.

Pelajar yang berasal dari Sri Kembangan, Selangor itu dilaporkan hilang sekitar 1.45 tengah hari semalam, semasa menyertai permainan membuat bulatan di dalam air kira-kira 300 meter dari pantai, apabila dia dilihat dibawa arus ke kawasan yang lebih dalam sebelum hilang dari pandangan.

Arwah dikatakan ke pantai itu bersama 19 lagi rakannya untuk berkelah dan berehat. -Bernama