Penuntut Universiti Maut Terjatuh Bangunan Asrama

15 Oct 2026 • 5:48 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Penuntut Universiti Maut Terjatuh Bangunan Asrama

GEORGE TOWN, 15 Okt (Bernama) — Seorang penuntut perempuan sebuah universiti maut selepas dipercayai terjatuh bangunan di blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut.

“Mayat penuntut perempuan itu pada 7.25 oleh petugas kebersihan universiti tersebut dalam keadaan terlentang di atas simen bawah blok asrama disyaki jatuh bangunan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran disyaki akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

The post Penuntut Universiti Maut Terjatuh Bangunan Asrama appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved