
PETALING JAYA: Seorang penuntut warga asing sebuah universiti awam ditahan memiliki 19 pasport orang lain disyaki palsu ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Pandan Indah, semalam.
Ketua Polis Ampang Jaya Azam Ismail berkata pada awalnya pemeriksaan mendapati suspek dari Bangladesh yang ditahan pada 11.45 pagi tidak memiliki lesen memandu dan dokumen pengenalan diri sah.
“Pemeriksaan lanjut dalam beg galas di belakang badan lelaki itu mendapati terdapat 14 pasport Bangladesh dan lima pasport Indonesia disyaki palsu.
“Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan saringan air kencing adalah negatif dadah. Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 iaitu tanpa kuasa yang sah, ada dalam milikannya mana-mana pasport orang lain,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
