Penutupan Jalan Main Bazaar Bermula Malam Ini Hingga 7 November Sempena Persiapan Sarawak Regatta

19 Oct 2022 • 11:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan Main Bazaar ditutup bermula 20 Oktober Hingga 7 November

Penutupan Jalan Main Bazaar Bermula Malam Ini Hingga 7 November Sempena Persiapan Sarawak Regatta. Jalan Main Bazaar akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 12 pagi dari 20 Oktober hingga 7 November sebagai persiapan untuk Festival Regatta Sarawak-Kuching Waterfront 2022.

image is not available
Penutupan Jalan Main Bazaar Bermula Malam Ini Hingga 7 November Sempena Persiapan Sarawak Regatta. Sumber: Borneo Post

Ketua Polis Daerah ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan semalam berkata pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang laluan mereka dengan sewajarnya dalam tempoh terjejas.

Jalan ditutup untuk beri laluan pemasangan khemah

“Jalan itu akan ditutup untuk memberi laluan kepada pembinaan khemah yang akan dipasang di sepanjang jalan,” kata Ahsmon.

Tambahnya, festival itu akan bermula pada 28 Okt hingga 6 Nov.

image is not available
Sumber: Borneo Post

Selain regatta, festival itu akan merangkumi aktiviti sampingan lain seperti Kraf Sarawak, Dapur Sarawak dan festival Gendang.

Larangan tidak meletakkan kenderaan disepanjang Jalan Main Bazaar

“Kita juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Main Bazar dan Jalan Tun Abang Haji Openg bagi memastikan aliran trafik lancar di kawasan itu,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi unit Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah di talian 082-259900.

Lagi event menarik yang berlangsung November ini: