
Kota Kinabalu: Beberapa jalan utama di pusat bandar raya akan ditutup sementara atau dilencongkan bagi melancarkan sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat negeri di Padang Merdeka.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata: “Orang awam digalakkan meletakkan kenderaan di kawasan Kampung Air dan Jalan Gaya bagi mengelakkan kesesakan di laluan utama.
Simpang KFC Bandaran akan ditutup berkala di mana hanya kenderaan milik penginap Hotel Dreamtel dan pemilik kedai dibenarkan masuk.
Simpang Tiga Bukit Bendera akan ditutup sepenuhnya sepenjang acara.
Bagi laluan Bulatan Bunga Raya, hanya kenderaan dengan pelekat yang dikeluarkan pihak protokol dibenarkan melalui kawasan ini.
Jalan Bulatan Capital (Bandaran) ditutup berkala dengan kenderaan VVIP dibenarkan masuk menuju ke Bulatan Bypass manakala kenderaan awam dilencongkan ke lampu isyarat Centre Point.
Bagaimanapun, petugas mempunyai budi bicara sekiranya ada orang awam ingin ke kawasan Bandaran untuk tujuan menginap atau berniag.
Lampu Isyarat Dewan akan ditutup berkala bagi memberi laluan kepada penyusunan dan pergerakan kontinjen perbarisan.





