Penutupan Lorong Di Lebuh Raya Dilarang Bermula Esok

23 Jun 2023 • 5:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Larangan berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Semua kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok. 

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi catatan di Facebook beliau berkata larangan yang bermula esok sehingga 2 Julai itu bagaimanapun terkecuali bagi kerja-kerja melibatkan kes kecemasan.

Katanya larangan berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan.

"Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved