Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini

21 May 2025 • 6:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lorong berdekatan Cityone Megamall ditutup sementara untuk latihan kawalan trafik bermula 10 malam ini

Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini. Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengambil maklum bahawa sebahagian lorong laju di Jalan Tun Jugah, berdekatan dengan CityOne Megamall, akan ditutup sementara selama 24 jam bermula jam 10 malam ini (21 Mei) hingga 10 malam esok (22 Mei).

Penutupan ini adalah sebahagian daripada latihan kawalan trafik yang dianjurkan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd bagi tujuan persediaan menghadapi fasa pembinaan akan datang.

image is not available
Penutupan Sebahagian Lorong Laju di Jalan Tun Jugah Selama 24 Jam Bermula Malam Ini. Sumber foto: Facebook Sarawak Metro

Tujuan Latihan Kawalan Trafik

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Sarawak Metro, latihan ini merupakan satu simulasi (mock-up) untuk memastikan pengurusan trafik dapat dilaksanakan dengan lancar apabila projek pembinaan sebenar bermula di kawasan tersebut.

Latihan ini akan memberi gambaran awal terhadap kesesuaian pengalihan trafik dan keselamatan pengguna jalan serta petugas tapak projek.

Orang awam juga akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap jadual atau pelaksanaan latihan ini. Justeru itu, pengguna jalan raya digalakkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan atau kesesakan.

Maklumat dan Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi pihak berkenaan menerusi:

Sama-sama kita berkerjasama demi kelancaran projek dan keselamatan pengguna jalan raya di masa akan datang.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan di Sarawak: