Penyakit ASF dikesan di ladang di SungaI Bakap

6 Jan 2023 • 7:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Penyakit demam babi Afrika atau ‘African Swine Fever’ (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan, dekat sini dan ladang tersebut telah ditutup bagi menghapuskan ternakan di situ.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang melaksanakan langkah-langkah pencegahan di ladang itu, termasuk menghentikan operasi kenderaan pengangkutan babi rentas negeri.

“Keseluruhan ladang (babi) itu telah ditutup dan babi sedang dimusnahkan serta ditanam di lokasi pada masa ini, kami mahu membendungnya serta menghalangnya daripada merebak ke ladang babi lain,” katanya di sini hari ini.

Chow berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya dan menasihati penternak babi di Pulau Pinang untuk mengambil langkah berjaga-jaga, apabila wabak ASF melanda negeri lain kira-kira dua bulan lalu.

“Namun, di sebalik semua langkah berjaga-jaga ia tetap berlaku dan kita telah merekodkan satu kes ASF di SPS,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved