Wabak Misteri Dilapor Landa Afghanistan, Jangkiti 80 Orang & 2 Kanak-kanak Meninggal

21 Dec 2022 • 11:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wabak Misteri Dilapor Landa Afghanistan, Jangkiti 80 Orang & 2 Kanak-kanak Meninggal

Satu patogen yang tidak dikenali telah menjangkiti lebih daripada 80 orang dan telah membunuh dua kanak-kanak di wilayah Zabul, Afghanistan, kata pihak berkuasa Taliban. Penyakit misteri ini telah menyebabkan pesakit mengalami simptom-simptom seperti demam panas dan pendarahan dari mulut serta hidung.

Ketua Kesihatan Awam Taliban, Abdul Hakim Hakimi berkata bahawa klinik-klinik di daerah Shahjoy telah mencatatkan peningkatan mendadak dari segi jumlah pesakit yang menghidapi penyakit misteri ini dalam beberapa minggu terdahulu, lapor surat khabar tempatan, Hasht-e Subh Daily pada Selasa.

Hasht-e Subh Daily menambah, dua orang pesakit telah meninggal dunia pada minggu lepas dan TOLONews melaporkan bahawa kedua-duanya merupakan kanak-kanak.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: ICRC

Sebelum ini, wilayah Zabul turut dilanda wabak misteri dengan skira-kira 200 penduduk di Shahjoy mengalami simptom-simptom seakan-akan wabak taun pada Mei lalu.

Doktor percaya bahawa penjagaan kebersihan peribadi yang lemah sebagai punca penyebaran wabak tersebut. Selain itu, penyebaran wabak pertussis, atau lebih dikenali sebagai batuk kokol turut menjangkiti 300 penduduk di Zabul pada lewat November dan meragut nyawa dua kanak-kanak.

Dihimpit peperangan sejak beberapa dekad, Afghanistan berdepan dengan kekangan terutama fasiliti kesihatannya yang rata-rata ketinggalan berbanding negara-negara lain.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai sistem kesihatan di Afghanistan yang di ambang kehancuran, seperti kekurangan klinik yang beroperasi dan penyakit seperti polio masih berada di tahap endemik.

image is not available
Kredit: ICRC

Sumber: RT