
Penyakit ‘Misteri’ Dikesan Di Argentina, Tiga Maut Setakat Ini
Sekurang-kurangnya tiga maut dan lima lagi dirawat di hospital selepas menghidap radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui asal-usulnya, umum pihak berkuasa kesihatan Argentina.
Menurut Kementerian Kesihatan Tucuman sebelum ini, sembilan orang individu yang bertugas di sebuah unit kesihatan di pusat kesihatan swasta didapati menghidapi penyakit misteri itu.
Enam pesakit pertama mengalami gejala antara 18 dan 22 Ogos lalu. Pada Khamis, pihak kesihatan berkata tiga lagi telah dijangkiti, tetapi tiada maklumat bila gejala bermula dimaklumkan.
Kehadiran Pneumonia misteri itu mencetuskan kebimbangan selepas pakar perubatan mengketepikan Covid, influenza dan hantavirus sebagai punca jangkitan. Lima daripada enam yang dijangkiti, dan dua daripada mereka telah meninggal dunia merupakan pekerja penjagaan kesihatan.
“Persamaan pesakit ini adalah keadaan pernafasan yang teruk dengan radang paru-paru dan sinaran x-ray menunjukkan perkara yang hampir sama dengan Covid, tetapi ia bukan puncanya” kata Menteri Kesihatan Tucaman, Luis Medina Ruiz, pada Rabu.
Beliau juga menambah bahawa enam pesakit telah menjalani beberapa siri ujian untuk Covid, selesema, influenza jenis A+ dan B+, Hantavirus dan 25 kuman yang lain, tetapi setakat ini tiada virus tersebut yang dapat dikenal pasti.
Sampel telah dihantar ke Institut Malbran, yang mempunyai keupayaan lebih canggih di Buenos Aires untuk analisis lanjut.
Pihaknya turut menjejaki kontak rapat pesakit-pesakit dan pusat kesihatan yang terlibat sudahpun dikenakan pengasingan.
Pakar juga menganalisis air dan penyaman udara untuk menentukan sama ada ia berpunca daripada toksik atau alam sekitar, misalnya kemungkinan sama ada bakteria legionella terkumpul dalam saluran penghawa dingin pesakit.
Walaupun kes itu menyamai situasi di awal kemunculan Covid-19, diman pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia bertungkus-lumus menentukan punca radang paru-paru yang tidak dapat dijelaskan yang berasal dari Wuhan, pakar kesihatan bagaimanapun mengingatkan bahawa lebih banyak maklumat diperlukan “sebelum amaran diberikan”.
Pasukan Perisikian Epidemik Pusat Kawalan Penyakit Eropah telah memantau perkembangan kes tersebut sejak Selasa. Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga sedia maklum tentang kes tersebut.
“Ia jelas membimbangkan tetapi kami masih memerlukan maklumat penting mengenai penularan dan mudah-mudahan mengenai punca asasnya juga.
“Ini menunjukkan kelemahan kolektif kami terhadap patogen berbabahaya. Wabak yang berlaku jika tidak dibendung dengan boleh merebak dengan cepat memandangkan penyebaran melalui udara,” kata Prof Devi Sridhar, pengerusi kesihatan global di Universiti Edinburgh.
Many pneumonias go undiagnosed. Argentinian province reports 5 cases in health workers thought tied to 1 patient. That's reason to be reflective. Usual suspects from COVID to hantavirus ruled out ,per report. Good public health investigates more, as they are h/t @ironorehopper https://t.co/MLH6piY1Ve
— Infectious Diseases (@InfectiousDz) September 1, 2022
Prosfesor Jonathan Ball, seorang profesor virologi di Universiti Nottingham, menambah bahawa ini mungkin kejadian yang jarang berlaku disebabkan oleh virus respitori di mana pakar tidak menguji secara rutin pada pesakit radang paru-paru.
“Makmal diagnostik termasuk di United Kingdom, tidak menguji semua virus respitori. Mereka hanya melakukan ujian biasa atau yang penting sahaja. Namun baru-baru ini banyak makmal mula melakukan ujian secara terperinci disebabkan coronavirus,” katanya.
Prof Ball menambah bahawa penjujukan genetik harus menentukan sama ada ini adalah kejadian yang jarang yang berpunca daripada pathogen atau merupakan ‘sesuatu’ yang baru.
Beliau juga berkata, disebabkan langkah-langkah untuk membendung Covid sebenarnya juga turut mengganggu penyebaran pathogen lain, maka pakar-pakar kesihatan perlu bersedia dengan kemunculan penyakit yang tidak diketahui.
“Ia mungkin bukan penyakit baharu, dan boleh jadi hanya sekumpulan kejadian yang jarang berlaku daripada jenis penyakit yang sudah dikenal pasti,” katanya.
Sumber: The Telegraph
The post Penyakit Pneumonia ‘Misteri’ Dikesan Di Argentina, Tiga Maut Setakat Ini appeared first on Siakap Keli.


