Penyamar ‘ADC’ Raja Muda Selangor didakwa lagi

13 Nov 2026 • 5:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyamar ‘ADC’ Raja Muda Selangor didakwa lagi

KLANG – Individu yang me­nyamar sebagai pengawal peribadi sulit (ADC) Raja Muda Selangor didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu melibatkan penjualan kenderaan lelong bernilai RM40,000 pada April lalu.

Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah, manakala seorang lagi tertuduh, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Mereka didakwa memperdaya wanita berusia 43 tahun supaya mempercayai mempunyai keupayaan menguruskan pembe­lian kereta terpakai jenis Lexus RX350 yang kononnya diperoleh menerusi lelongan sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada harga RM40,000.

Kesalahan dilakukan di sebuah premis di Taman Sri Andalas di sini antara 13 dan 14 April lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Kelmarin, kedua-dua tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan menipu melibatkan urusan jualan kenderaan lelong bernilai RM30,000.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sedang me­nunggu arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung 15 kertas siasatan kes penipuan dua individu tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya, sebanyak 17 kertas siasatan diserahkan, dengan dua kertas siasatan dipersetujui untuk pendakwaan di bawah Seksyen 109 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kosmo! pada 29 Oktober lalu melaporkan pemburuan pihak berkuasa ke atas individu yang menyamar sebagai ADC Raja Muda Selangor dalam urusan jual beli rumah dan kenderaan sejak 13 Oktober lalu berakhir selepas lelaki itu ditahan ketika bersembunyi di Johor.

Suspek berusia 40 tahun itu diberkas pada pukul 5 petang di sebuah kondominium di Johor Bahru. Turut ditahan, pasangan adik-beradik berusia 26 dan 27 tahun di daerah ini dan Johor Bharu. – KOSMO! ONLINE

The post Penyamar ‘ADC’ Raja Muda Selangor didakwa lagi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved