Penyampai Berita, Raymond Goh Meninggal Dunia

12 Sep 2023 • 2:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pembaca berita Nightline TV3, Raymond Goh disahkan meninggal dunia sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Menurut laporan Astro Awani, khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh keluarga arwah dimana Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.

image is not available

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

Difahamkan, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, selepas solat Asar hari ini.

image is not available

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved