Penyampai Berita Veteran, Raymond Goh Meninggal Dunia

12 Sep 2023 • 1:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penyampai berita veteran, Raymond Goh dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Asunta di Petaling Jaya.

Memetik Awani sebentar tadi, Raymond Goh atau nama Islamnya Mohd Zaman Goh disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi tadi.

Difahamkan juga, Goh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa TTDI selepas solat asar.

Sementara itu, wartawan Norman Goh turut menzahirkan simpati ke atas pemergian Goh di dengan mengatakan arwah mempunyai sifat yang sangat merendah diri.

Dia turut menambah Goh seorang yang sangat baik dan pasti akan dirindui ramai.

“Goh, yang terkenal dengan suara emasnya dalam industri media, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun.

“(Seorang) rendah hati, merendah diri dan mudah didekati oleh ramai junior dalam industri, dia pasti akan dirindui ramai,” memetik ciapan yang ditulis sebentar tadi.

Untuk rekod, Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Awani