
Seorang penyampai radio wanita dari stesen yang membawa imej islamik mencuri perhatian netizen selepas gaya pemakaiannya dikritik kerana dianggap terlalu seksi.
Difahamkan, ketika itu penyampai radio berkenaan berada di gelanggang sukan pickle ball yang sedang popular ketika ini.
Netizen persoal imej penyampai radio islamik
Netizen mempersoalkan tindakan penyampai radio memuat naik foto yang tidak selari dengan imej stesen radio tempatnya bertugas.
Malah, penyampai radio itu dikatakan menyertaka hashtag radio terbabit di hantaran tular.


Ada yang menyatakan stesen radio itu seolah-olah membiarkan pelanggaran etika berpakaian sehingga menjejaskan reputasi mereka.

Apatah lagi, stesen radio itu sering dikaitkan dengan stesen radio muslim di Malaysia yang menekankan mesej serta imej berlandaskan ajaran Islam.
Kejadian ini sekali gus menimbulkan perdebatan hangat mengenai peranan personaliti media dalam menjaga batas penampilan.
Pssttt! Sebagai penyampai radio yang membawa jenama Islam, pastinya masyarakat menaruh harapan tinggi terhadap imej dan penampilan mereka. Isu ini diharap dapat dijadikan pengajaran agar setiap personaliti lebih peka terhadap tanggungjawab yang digalas.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


