
Kota Kinabalu: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) 2025 Wilayah Sabah di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada malam Sabtu.
Antara pemenang bagi Kategori 10km ialah Manan Abdullah (terbuka veteran), Dylan Mcowen Mojitoh (terbuka penjawat awam), dan Alya Marissa Maizul Anuar (wanita bawah 18 tahun).
Lebih 2,500 peserta daripada sektor kerajaan dan orang ramai mengambil bahagian dalam larian yang dibahagikan kepada kategori 5km dan 10km itu .
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Acara tersebut dianjurkan bersama Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Pejabat Persekutuan Negeri Sabah di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dengan kerjasama strategik Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Lembaga Sukan Sabah, dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Kelihatan Liew (tengah) menyampaikan hadiah pertama RM700 kepada Manan sambil diperhatikan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Tan Lee Fatt (ketitga dari kanan), Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam (kiri), Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Dato’ Seri Haji Rosli Isa (kedua dari kiri), dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail (ketiga dari kiri).



