Penyamun bertopeng, berparang diberkas

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 5:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Ridhwan (tengah) menunjukkan antara rampasan barang kes susulan tangkapan dua suspek kes samun rumah di sekitar Banting, pada Rabu.

BANTING - Dua penjenayah berparang yang melakukan samun rumah berjaya diberkas polis di Sungai Sedu, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, tangkapan kira-kira jam 8.15 malam itu dilakukan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor.

Menurutnya, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 21 dan 30 tahun.

"Mereka masing-masing mempunyai 11 dan tujuh rekod jenayah lampau selain salah seorang mempunyai dua rekod dikehendaki bersabit kes dadah.

"Penahanan suspek ini berjaya merampas dua cincin emas dan pelbagai peralatan pecah rumah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman lima hari sehingga Isnin untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, siasatan juga dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes-kes jenayah lain.

Sebelum itu, pada Selasa, polis telah menerima laporan daripada seorang wanita mengatakan rumahnya di Banting dimasuki dua lelaki bertopeng dengan bersenjatakan parang.

Kata Ahmad Ridhwan, suspek telah mengikat dua tangan mangsa sebelum mengambil barang berharga dan wang tunai sebelum melarikan diri.

"Selepas kejadian, mangsa berjaya melepaskan ikata dan meminta bantuan jiran sebelum tampil ke balai polis kira-kira jam 4.30 pagi," ujarnya.