
Penyanyi asal lagu tradisional ikonik 'Ulek Mayang', Hajah Wan Salmah binti Wan Sulaiman, dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun, pagi tadi.
Penyanyi 'Ulek Mayang' meninggal dunia
Berita pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Raymond Shamsuddin, menerusi Facebook.
Beliau turut memohon orang ramai menyedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah.
Dalam pada itu, anak saudara Allahyarhamah, Azian Mazwan Sapuwan turut berkongsi ucapan penghormatan buat Allahyarhamah di story akaun Instagramnya.
“Pergimu meninggalkan kenangan yang takkan pernah hilang. Suaramu akan terus hidup dalam ingatan, dan namamu kekal dalam sejarah seni. Nasihat dan tunjuk ajar akan sentiasa Yan ingat, Mami,” tulis Azian.
Baca juga:
Pelakon Veteran, Aziz Abdullah Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun
Pelakon Veteran, Cik Man Meninggal Dunia
Dalam perkongsian sama, Azian turut menitipkan ucapan buat Allahyarhamah yang disifatkan sebagai ibu saudara tercinta.
“Al-Fatihah buat ibu saudara tercinta, Allahyarhamah Wan Salmah, penyanyi lagu 'Ulek Mayang'.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin,” tulisnya.
Al-Fatihah.





