“Penyanyi dah sampai dari Indonesia”- Konsert Dibatalkan Penganjur 12 Jam Sebelum Acara Bermula Sebab Kurang Dana

Entertainment
22 Dec 2024 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada malam tadi, 21 Disember 2024 di Maeps Serdang telah dibatalkan pada saat akhir oleh pihak penganjur iaitu 12 jam sebelum konsert.

Konsert atau festival muzik itu difahamkan dibatalkan selepas penyanyi-penyanyi popular dari negara jiran kita, Indonesia telah tiba di Malaysia untuk konsert terbabit.

Menurut laporan Hib Glam, dua penyanyi dari negara seberang itu ialah Feby Putri yang popular dengan lagu Halu dan Nadin Amizah yang terkenal dengan lagu Bertaut dan Rayuan Perempuan Gila.

Kedua-dua penyanyi tersebut terkilan dengan pembatalan festival muzik itu kerana dianggap telah menyusahkan banyak pihak.

Untuk pengetahuan semua, konsert One Love Music Festival ini menampilkan barisan penyanyi Malaysia dan Indonesia.

image is not available

Penyanyi Malaysia yang sepatutnya membuat persembahan di festival ini ialah Insomniacks, Hujan, Bunkface, Drama Band dan beberapa orang lagi.

Manakala barisan penyanyi Indonesia pula terdiri dariapda Nadhif Basalamah, Fevy Putri, Nadin Amizah, Nabila Taqiyyah dan Salma Salsabil.

Menerusi perkongsian di Instagram, pihak penganjur memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsert itu pada saat akhir akibat kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

Menurut penganjur iaitu Tuff KL, pihak mereka sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan termasuk pemulangan wang atau proses refund kepada pembeli tiket.

image is not available

Sumber: Hib Glam

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.