Penyanyi Dikir Barat Berhasrat Teruskan Karier Nyanyian – “Pengasas Produk Masih Tunggu Saya Nyanyi Lagu Produk Mereka”

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok 1 November yang lalu berhasrat untuk meneruskan karier nyanyiannya selepas keluar dari penjara nanti.

Menurut Harian Metro, penyanyi berusia 29 tahun itu turut berharat peminatnya di Malaysia tidak akan mengutuknya dan dapat menerima dirinya kembali.

Dia berkata dia sedar ramai peminatnya di Malaysia membuat andaian kes tangkapannya bersama lima lagi rakyat Malaysia.

image is not available

Gambar hiasan

Saya ambil kesempatan ini untuk menyatakan kepada semua peminat saya bahawa saya tidak bersalah.

 

Saya sekadar ikut kawan-kawan saya ke pekan Golok.

Penyanyi itu turut berkata terdapat beberapa pengasas produk masih menunggunya untuk menyanyikan lagu mereka.

Dia berkata dia sudah bersetuju bekerjasama dengan beberapa pengasas produk untuk terbabit dengan pemasaran barangan.

Saya dimaklumkan pengasas produk berkenaan masih menunggu untuk bekerjasama dengan saya selepas ini.

 

Ada yang masih menunggu saya untuk menyanyikan lagu produk mereka selepas saya dibebaskan daripada tahanan. Saya sangat terharu kerana mereka masih menyokong saya.

image is not available 2 days ago

Penyanyi Dikir Barat Ditahan Di Narathiwat, Keluarga Tak Mampu Bayar RM1 Juta - “Dua Peguam Tawar Khidmat Tapi Minta Saya Bayar 10 Juta Baht...”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved