Penyanyi Legenda Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 10:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penyanyi Legenda Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

Penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kinamas, Beaufort petang tadi, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama dua mangsa lain telah bertembung dengan MPV jenis Toyota Avanza yang dinaiki dua lagi mangsa dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang Isnin.

Tambah Mohammad Hasbullah, pada jam 5.29 petang, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian.

Bertindak atas maklumat, 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Beaufort.

“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Brunei Darussalam menuju ke Kota Kinabalu, bagaimana kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Avanza yang dinaiki dua lagi mangsa.

“Terdapat lima mangsa namun kesemuanya berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian