Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

1 Oct 2024 • 7:09 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu, Sabah.

Selain Khadijah, turut cedera dalam kenderaan pikap terbabit ialah Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40.

Bagaimanapun, keadaan penyanyi berkenaan dilaporkan baik dengan ketiga-tiga mereka dapat keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba yang dikejarkan untuk membantu mangsa.