Penyanyi legenda Zaleha Hamid meninggal dunia, suami sempat ajar mengucap

LocalEntertainment
19 Jun 2025 • 10:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi lagenda dan ratu dangdut era 80-an, Zaleha Hamid menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 malam Khamis di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz memaklumkan bahawa Allahyarhamah telah menerima rawatan di hospital sejak seminggu lalu.

“Sudah seminggu dia di hospital. Pagi tadi keadaannya elok, tetapi petang tadi dia mula sesak nafas.
“Sekitar waktu Isyak, dia menghembuskan nafas terakhir. Saya sempat ajar dia mengucap dan anak-anak semua berada di sini,” katanya.

image is not available

Zaleha Hamid meninggal dunia

Difahamkan, jenazah masih dalam pengurusan di unit forensik hospital sebelum dikebumikan.

Terdahulu, Allahyarhamah pernah diserang angin ahmar pada tahun 2020 yang menyebabkan beliau terlantar.

image is not available

Zaleha Hamid dikenang sebagai antara penyanyi lagenda tanah air yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mempopularkan irama dangdut di Malaysia dan Singapura.

Antara lagu-lagu hit beliau termasuk Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Segan Segan, Pria Idaman, Jangan Kau Tangiskan, dan Kekasih Di Tangan Orang.

Sumber Utusan Online (Wafa Aula)