Penyanyi Min Yasmin Hamil Setelah 10 Tahun Berkahwin Dengan Komposer Julfekar, Tak Sangka Usia Kandungan Sudah 4 Bulan

Entertainment
21 Jun 2023 • 8:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Min Yasmin dan suami, Julfekar mengumumkan berita kehamilan berkenaan menerusi Instagramnya - Gambar Instagram 

Rezeki Allah akan tiba pada waktu yang kita tidak duga. Buktinya setelah 10 tahun berkahwin, akhirnya pasangan penyanyi dan komposer iaitu Min Yasmin, 34 dan Julfekar, 58, bakal menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka apabila Min disahkan hamil.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Min sendiri menerusi hantaran di akaun Instagram beliau sempena sambutan Hari Bapa.

image is not available

“Min sedar ianya terlalu awal untuk Min kongsikan berita gembira ini. Tapi Min juga sedar ianya tak akan terjadi tanpa doa dan sokonngan daripada semua ahli keluarga, kawan-kawan dan peminat Min. 

“Alhamdulillah Min mengandung secara semulajadi dengan kuasa Allah setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Min buat ujian kehamilan selama tiga kali , tiga hari berturut-turut untuk memastikan keputusan ini kerana Min sendiri sukar untuk percaya,” kongsinya.

Dalam hantaran terbaru Min pula, dia mendedahkan bahawa usia kandungannya kini sebenarnya telah pun mencecah empat bulan (17 minggu).

image is not available

“Bila saya membuat pendedahan bahawa saya telah mengandung, saya ingatkan usia kandungan masih baru beberapa minggu. 

“Tetapi bila kami pergi buat ujian imbasan, kami berdua sangat terkejut apabila mengetahui usia kandungan telah pun mencecah empat bulan (17 minggu). 

“Terkebil-kebil dibuatnya bila doktor kata wah besarnya baby awak, sekarang rangkanya sedang membesar. Syukur teramat sangat di atas rezeki yang tidak ternilai ini,” tulisnya.

Min dan Julfekar telah berkahwin pada 4 April 2014. Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Julfekar dan dia sudah mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Tahniah diucapkan kepada Min dan Julfekar. Semoga segala urusan dipermudahkan. – Getaran, 21 Jun 2023.