
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan Perubatan Regeneratif.
"Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.
"Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.
"Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan," katanya.



![“Terima Kasih Lahirkan Saya” – Dr Akmal Saleh Dedikasi Pingat Datuk Diterima Kepada Ibu Bapanya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)