Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Bakal Temui Peminat Di Vivacity Kuching Hari Ini

4 Oct 2023 • 12:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat Sitizoners di Kuching!

Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Bakal Temui Peminat Di Vivacity Kuching Hari Ini. Pusat beli belah Vivacity Kuching hari ini bakal digegarkan dengan penampilan istimewa daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Buat Sitizoners, kemunculan istimewa daripada penyanyi ini pasti menggembirakan seluruh peminat beliau di Kuching khususnya.

image is not available
Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Bakal Temui Peminat Di Vivacity Kuching Hari Ini. Kredit: Facebook

Difahamkan, kedatangan beliau ke Kuching adalah bersempena dengan kempen ulang tahun CUCKOO ke 9 tahun.

Untuk info, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan duta untuk jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO International.

image is not available

Beliau akan membuat kemunculan itu pada hari ini pada jam 4 hingga 6 petang ini di pusat beli belah Vivacity, Kuching.

Jadi buat Sitizoners jangan lepaskan peluang ini untuk temui penyanyi kesayangan anda hari ini!

image is not available

Bukan itu sahaja, kempen ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad.

Baca lagi artikel menarik: