
Penyanyi Hael Husaini sebelum meraih perhatian peminat apabila mengambil keputusan untuk terjun ke bidang lakonan.
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.
Namun, menerusi satu rakaman yang dibuat oleh rumah produksi BamBam Studios di Instagram baru-baru ini, Hael dilihat mengamuk dan meninggikan suara ketika berada di set penggambaran drama berkenaan.

