Penyanyi Rap Dikritik Netizen Gara-Gara Lancar Video Muzik Terlampau Seksi – “On Ramadan, Seriously??”

LocalEntertainment
26 Feb 2026 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Dunia hiburan tempatan kembali menjadi perhatian apabila seorang penyanyi rap wanita tanah air menerima kecaman hebat susulan pelancaran video muzik terbaharunya yang dianggap tidak sensitif dengan kesucian bulan Ramadan.

Video muzik tersebut memaparkan penyanyi berkenaan bersama beberapa penari latar mengenakan pakaian yang dilihat agak menjolok mata serta mempersembahkan tarian yang dianggap kurang sopan oleh sebahagian masyarakat.

Advertisement

image is not available

Keadaan menjadi lebih hangat apabila lagu berkenaan menggunakan elemen lagu rakyat tradisional Melayu, namun divisualkan dengan imej yang jauh berbeza daripada nilai warisan asal. Perbezaan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kekecewaan dan menyifatkan tindakan melancarkan visual sebegitu di bulan mulia sebagai satu langkah yang “tone-deaf” dan terlalu berani demi mendapatkan perhatian.

View this post on Instagram

Selain itu, penggunaan kapsyen yang menyentuh soal ‘warisan’ (heritage) dalam hantaran promosi turut dipersoalkan kerana dianggap tidak selari dengan imej yang dipaparkan dalam video tersebut.

Walaupun terdapat segelintir peminat yang mempertahankan karya berkenaan atas dasar kreativiti dan kebebasan berkarya, namun kritikan nyata lebih mendominasi.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-26 14:12:06

Individu Terdekat Dakwa Mangsa Kes Rog*l Da'i Syed Cuba Tamatkan Hidup Sendiri - "Bukan Setakat Di Tangan Tapi Satu Badan Penuh Dengan...."

The post Penyanyi Rap Dikritik Netizen Gara-Gara Lancar Video Muzik Terlampau Seksi – “On Ramadan, Seriously??” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article