

Tanggungan keluarga diambil kira dalam penyasaran subsidi RON95!
Itu kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.
“Sekiranya penyasaran subsidi RON95 berlaku kelak, tentunya akan ada impak kepada isi rumah yang menggunakan RON95. Dalam kajian yang dibangunkan DOSM di mana KPDN turut serta diberi taklimat memang indikator ini diambil kira.

“Kalau ada dua kereta, isteri dan suami bekerja, anak sekolah, anak belajar universiti, semua ini termasuk dalam perkiraan indikator kos sara hidup ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

