Penyatuan UMNO-Pas hanya demi kepentingan kuasa

Politics
15 Sep 2026 • 8:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penyatuan UMNO-Pas hanya demi kepentingan kuasa

PETALING JAYA: Agenda penyatuan politik Me­layu yang cuba digagaskan UMNO dan Pas hanya bermotifkan kepentingan politik demi mendapatkan kuasa.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, gagasan ber­kenaan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha tulen untuk menyatukan orang Melayu jika matlamat akhirnya hanya berkisar kepada percaturan politik dan perebutan kuasa.

“UMNO kini berada dalam keadaan semakin terdesak susulan beberapa kes yang didedahkan me­lalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diwujudkan atas usaha mereka sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mujahid berkata, sekiranya UMNO dan Pas benar-benar serius untuk memperjuangkan penya­tuan Melayu, usaha itu perlu mengambil kira kepen­tingan seluruh masyarakat serta tidak menjejaskan hak kaum lain.

Beliau berkata, konsep penyatuan yang le­bih menyeluruh perlu berteraskan perpaduan dan kepentingan rakyat dan bukannya dijadikan sebagai instrumen politik ketika sesebuah parti berdepan tekanan.

Katanya, pendekatan menggunakan isu Melayu setiap kali berdepan kea­daan terdesak hanya akan menjadikan agenda penya­tuan tersebut sebagai satu bentuk retorik politik.-UTUSAN.

The post Penyatuan UMNO-Pas hanya demi kepentingan kuasa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved